Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, 19 May 2014

ATTENTION DEFICIT /HYPERACTIVE DISORDER (ADHD) DAN LAMBAT BERCAKAP

Seorang ibu melaporkan kepada Patologis Bahasa & Pertuturan bertugas sambil memegang tangan anaknya yang sedang meronta untuk dilepaskan. " Macam ni lah anak saya, sangat aktif, sentiasa bergerak, dia tak boleh kekal duduk walau 2  minit. Bila saya tanya atau suruh apa-apa dia buat macam tak dengar aja. Dia tak boleh tunggu giliran contohnya masa bermain mainan dengan adik beradik. Paling sukar dia biasanya tak bercakap, kalau bercakap pun sepatah dua yang kadangkala saya tak faham butirnya". 
 

Ayat-ayat seperti di atas selalu keluar daripada mulut ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak yang didiagnosakan sebagai Attention Deficit/Hyperactive Disorder. Keadaan ini sangat mencabar keupayaan dan kesabaran ibubapa membesarkan anak ini kerana kebanyakan kemahiran hidup mungkin terganggu. Hal ini melibatkan kemahiran berkomunikasi, bersosial  dan pencapaain akademik.  Attention Deficit/Hyperactive Disorder


0 comments:

Post a Comment