Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, 19 May 2014

ATTENTION DEFICIT /HYPERACTIVE DISORDER (ADHD) DAN LAMBAT BERCAKAP

Seorang ibu melaporkan kepada Patologis Bahasa & Pertuturan bertugas sambil memegang tangan anaknya yang sedang meronta untuk dilepaskan. " Macam ni lah anak saya, sangat aktif, sentiasa bergerak, dia tak boleh kekal duduk walau 2  minit. Bila saya tanya atau suruh apa-apa dia buat macam tak dengar aja. Dia tak boleh tunggu giliran contohnya masa bermain mainan dengan adik beradik. Paling sukar dia biasanya tak bercakap, kalau bercakap pun sepatah dua yang kadangkala saya tak faham butirnya". 
 

Ayat-ayat seperti di atas selalu keluar daripada mulut ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak yang didiagnosakan sebagai Attention Deficit/Hyperactive Disorder. Keadaan ini sangat mencabar keupayaan dan kesabaran ibubapa membesarkan anak ini kerana kebanyakan kemahiran hidup mungkin terganggu. Hal ini melibatkan kemahiran berkomunikasi, bersosial  dan pencapaain akademik.  Attention Deficit/Hyperactive Disorder


Sunday, 18 May 2014

"Suara saya kasar, saya mudah semput, KENAPA?" - VOCAL CORD PALSY

" Suara saya jadi kasar, bila saya nak cakap tak boleh cakap panjang, mudah semput dan suara tak keluar, kenapa jadi begini puan? ", adu seorang pesakit yang datang untuk temujanji pertama rehabilitasi pertuturan pada suatu pagi kepada seorang Patologis Pertuturan dan Bahasa.

"Sejak bila lagi puan alami masalah ini?", ujar  Patalogis Bahasa dan Pertuturan." Selepas saya menjalani pembedahan ", balas pesakit dengan air muka yang kelihatan keliru dan sugul.

" Peti suara atau vocal cord puan ada masalah dipanggil vocal cord palsy", jawab Patologis Bahasa dan Pertuturan sambil merujuk kepada folder pesakit. VOCAL CORD PALSY